Kunjungan Hormat Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah (MTRJ) Ke PICOMS International University College.

Kunjungan Hormat Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah (MTRJ) Ke PICOMS International University College
 
YBhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif PICOMS Serta Pengurusan Pusat Islam CERIA PICOMS Telah Menerima Kunjungan Hormat Dari Jemaah Pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Hari Ini.
Kunjungan Hormat Dari Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Adalah Bagi Membincangkan Hasrat Serta Hala Tuju Dalam Menjalinkan Kerjasama Antara PICOMS Dan Pihak MTRJ Khususnya Dalam Memperkenalkan Program Protahfiz PICOMS Di Bawah Kelolaan Pusat Islam CERIA PICOMS Yang Telah Dilancarkan Baru-Baru Ini.
 
Fungsi MTRJ Agar Dapat Memperkenalkan Program-Program Protahfiz PICOMS Sekaligus Membuka Ruang Dan Peluang Kepada Pelajar-Pelajar Tahfiz Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi.
 
Semoga Dengan Jalinan Kerjasama Ini Akan Dapat Membantu Memartabatkan Golongan Tahfiz Dalam Bidang Professional Dan Ke Arah Yang Lebih Cemerlang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp