PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum Warohmatullahi wabarokatuh
Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang

Sebagaimana kita ketahui, Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Namun pada zaman globalisasi ini kita sering kali terlupa akan peranan besar Al-Quran sebagai panduan hidup dan peranan kita sebagai umat islam. Oleh yang demikian saya terpanggil untuk memberi peluang khususnya kepada anak-anak islam agar mereka mengenal agama islam secara mendalam melalui pendidikan islam dengan harapan mereka tidak terpengaruh dengan sebarang gejala negatif yang sentiasa melingkari kehidupan mereka seharian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya lafazkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan taufik hidayah-Nya, sebuah institusi pengajian yang dinamakan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah telah berjaya ditubuhkan di Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

Dengan hasrat murni, Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah kini berjaya ditubuhkan dan penyertaan dibuka kepada pelajar berusia dari umur 7-17 tahun bagi mengikuti pengajian Hafazan Al-Quran dan Diniyyah. Kelas pengajian Islam seperti bahasa Arab / komunikasi, Al-Quran / Iqra’, tajwid, fardhu ain, kelas nasyid, kompang dan kursus pengurusan jenazah juga disediakan bagi orang dewasa. Jadikanlah Al-Quran dan Hadith sebagai tunggak utama rujukan, pegangan dan sumber ilham dalam mengemudi pengurusan dan pentadbiran di Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah. Mudah-mudahan dalam usaha kita mendidik, maka penerapan adab itu mesti dijadikan keutamaan. Oleh itu, kita yakin penilaian adab dan akhlak merupakan penilaian yang utama dalam menentukan tahap pendidikan manusia.

Segala pembiayaan pengurusaan Maahad ini ditanggung sepenuhnya oleh Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah. Disebabkan sumber dana yang sangat terbatas, maka saya amat berharap kepada para sahabat-sahabat, usahawan-usahawan, ahli perniagaan, ahli-ahli korporat, dermawan dan perseorangan baik dari sektor kerajaan, badan berkanun mahu pun pihak swasta yang budiman dapat menghulurkan sumbangan ikhlas kepada anak-anak yang menuntut di Maahad ini demi kemaslahatan umat islam sejagat. Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah sedia menerima apa-apa jua bentuk sumbangan dari segi kewangan, makanan, peralatan bahan bantu mengajar mahupun sumbangan ilmu, tenaga atau kemahiran.

Dengan ini, saya amat mengalu-alukan sebarang sumbangan kearah menjayakan hasrat murni ini. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya Allah SWT menolong hamba-Nya selagi mana hamba-Nya itu menolong saudaranya.” Inshaa Allah.

Wassalam

Wabillahi Taufik Wahidayah,

MOHAMAD AZREIN @ HASLAM SHARIFF
Pengerusi
Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
× Whatsapp
Secured By miniOrange