Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M

Syukur Alhamdulillah Selesai Sudah Majlis Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H. Penyertaan Seramai 140 Orang Peserta Melibatkan Pelajar, Tenaga Pengajar & Staff Pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah (MTRJ), TADIKA TARBIYATUL AULAD & Taska Happy Hive Setia Ecohill, Semenyih.

Peserta Perarakan Hari Ini Menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul Tahun Ini Dengan Acara Perarakan Dan Berselawat Sambil Memperingati Pengorbanan Nabi Muhammad SAW Dalam Memperjuangkan Islam. Perarakan Bermula Seawal Jam 8.30 Pagi Dan Berakhir Sekitar Jam 10.00 Pagi.

Sambutan Maulidur Rasul Terus Disajikan Dengan Persembahan Lakonan Dari Pelajar & Ceramah Yang Disampaikan Oleh Pengetua MTRJ Ustaz Ahmad Rusyaidi Rusli.

Kami Dari Pihak MTRJ Ingin Mengucapkan Terima Kasih Kepada Pihak Setia Ecohill By SP Setia, Majlis Perbandaran Kajang & Balai Polis Semenyih Yang Memberi Kebenaran Dan Kelulusan Bagi Menjayakan Serta Melancarkan Perjalanan Majlis Perarakan Ini.

Salam Maulidur Rasul 1445H

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp