Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Jama’ie & Penyerahan Sumbangan Nur Ramadhan 2023

Majlis Khatam Al Quran, Iftar Jama’ie Dan Penyerahan Sumbangan Nur Ramadhan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Bagi Tahun 2023 Telah Disempurnakan Oleh Ustaz Zul Azli Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM. Turut Hadir IMAM MUDA Asyraf Selaku Penceramah Jemputan, Wakil Dari Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi, Wakil Dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Wakil Dari Balai Polis Semenyih, Ketua Operasi Agihan Zakat Lembaga Zakat Selangor Daerah Hulu Langat, (Ustaz Ibrahim), Wakil Dari MYDIN Malaysia (En Tarmizi), Timbalan Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor – PITAS (Ustaz Saharuddin) Wakil Dari Yayasan Taqwa-MAIWP, Puan Nor Syalihah Binti Sidek Wakil Dari Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, En Nasru Syazwan Dari Yayasan Digital Malaysia & Dr. Hazimi Abd Razak Dari Klinik Mediviron Pelangi Semenyih. Majlis Ini Juga Turut Diserikan Dengan Penglibatan Pengacara Jemputan Adinda Fedtri Yahya.

Antara Sumbangan Yang Telah Diberikan Dalam Majlis Ini Ialah Penyerahan Sumbangan Duit Raya Kepada 52 Orang Pelajar, Sumbangan Pakaian Raya Dari Mydin Mohamed Holdings Berhad, Sumbangan Kurta Raya Dari Aisy Asyraf by IMAM MUDA Asyraf, Sumbangan Baju Raya Dari D-khair collection, Penyerahan Sumbangan Sentuhan Kasih Ramadhan Kepada Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia & Rumah Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia & Penyerahan Sumbangan Duit Raya Kepada Pemuzik Seniman Muslim Malaysia.

Majlis Kali Ini Telah Diadakan Di Hotel Tenera, Bangi Dengan Kehadiran 500 Jemputan Termasuk Ibubapa, Pelajar & Tetamu Jemputan. Majlis Kali Ini Telah Diadakan Di Hotel Tenera, Bangi Dengan Kehadiran 500 Jemputan Termasuk Ibubapa, Pelajar & Tetamu Jemputan. Terima Kasih Diucapkan Kepada Semua Penyumbang Di atas Segala Kebaikan Yang Disumbangkan Untuk Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Di Dalam Majlis Ini. Didoakan Buat Semua Penyumbang Semoga Mendapat Ganjaran Yang Besar Dari Allah SWT. Aamiin.

Ucapan Terima Kasih Juga Buat Jemaah & Staf Pengurusan Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Yang Telah Bertungkus Lumus Bagi Menjayakan Majlis Ini. Semoga Apa Yang Telah Kita Usahakan Ini Mendapat Ganjaran Pahala Dan Didoakan Semoga Kita Semua Sentiasa Berada Dibawah Rahmat & Perlindungan Allah SWT.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp