Pertandingan Qasidah Peringkat Kebangsaan

Syukur Alhamdulillah Pencapaian Terbaik Dari Pasukan Qasidah Maahad Tahfiz Riyadhul Jannah Di Pertandingan Qasidah Peringkat Kebangsaan Apabila Memenangi Tempat Ke-4 Malam Tadi.
 
Tidak Disangka Apabila Kami Menghantar Permohonan Untuk Memasuki Pertandingan Ini, Hasrat Kami Hanya Untuk Memberi Pengalaman Kepada Pelajar Berubah Menjadi Satu Rezeki Yang Tidak Disangka Sangka.
 
Bermula Dengan Mencari Guru Latihan Qasidah Pada 2 Minggu Lepas, Ustaz Idris Shamsuddin Telah Berjaya Membawa Satu Perubahan Yang Sangat Ketara Dikalangan Pelajar Qasidah Ini Dengan Mempertaruhkan 2 Lagu Qamarun & Ya’Hanana Sehingga Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Dikalangan 40 Penyertaan Yang Memasuki Pertandingan Ini.
 
Para Juri Dan Hampir 1000 Penonton Yang Hadir Di Pentas Akhir Terpesona Melihat Pelajar Kami Yang Bernama Hannan Berumur 9 Tahun Selaku Penyanyi Utama Mangalunkan Qasidah Dengan Kemerduan Suaranya Dan Alunan Nada Yang Tinggi. Kami Satu-Satunya Wakil Tunggal Yang Menghantar Pelajar Berumur 10 Tahun Ke Bawah Seramai 3 Orang Untuk Memasuki Pertandingan Ini.
Tidak Dinafikan Persembahan Serta Alunan Qasidah Dari Hannan & Rakan-Rakan Lain Memberi Kami Kelebihan Dari Segi Pengutan Mata Sehingga Kami Berjaya Ke Pentas Akhir.
 
Kami Juga Ingin Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Ibubapa Pelajar, Guru-Guru, Staf Pengurusan, Pemuzik Seniman Muslim Malaysia & Semua Yang Telah Mendoakan Kejayaan Pelajar-Pelajar Kami.
TIdak Dilupakan Ucapan Tahniah Buat Pihak Penganjur Iaitu Channel Permata Al-Quran Malaysia Yang Menganjurkan Program Ini.
Kita Jumpa Hannan & Rakan-Rakan Di Persembahan Jemputan Pada Hari Ahad Ini Di Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara 2022 Di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia – USIM.
Terima Kasih Semua

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp